
PROFIL



Kami berusaha untuk menjadikan Muiz Hot Chicken sebagai tidak hanya sekadar pilihan utama, tetapi sebagai simbol kebanggaan dan kebahagiaan bagi semua lapisan masyarakat Malaysia.
Melalui inovasi berterusan dalam penyediaan makanan berkualiti tinggi, kami bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Muiz Hot Chicken sebagai warisan kegemaran dalam masyarakat Malaysia. Kami bercita-cita untuk mewujudkan momen kebersamaan yang tak terlupakan setiap kali pelanggan menikmati hidangan Muiz Hot Chicken.
Dengan keazaman dan dedikasi kami, kami berharap agar setiap gigitan Muiz Hot Chicken menjadi pengalaman yang tidak hanya memuaskan selera, tetapi juga merangkul kegembiraan yang sejati di kalangan semua rakyat Malaysia.


Dengan keazaman untuk memperkenalkan jenama Muiz Hot Chicken sebagai produk tempatan yang berkaliber di seluruh dunia, kami bertekad untuk menggalakkan orang ramai untuk menjadikannya sebagai pilihan utama mereka dalam ayam goreng.
Kami memandang serius dalam menambah bilangan usahawan Muiz Hot Chicken untuk menyebarkan warisan rasa yang kami banggakan. Bagi memastikan jenama dan kualiti produk kami terpelihara, Muiz Hot Chicken turut menyediakan latihan pengurusan produk yang berkesan dan berkualiti tinggi kepada bakal usahawan.


Kami menjaminkan ayam goreng yang besar dan rangup. Disaluti dengan rempah dan ramuan tepung rahsia yang telah digunakan sejak turun temurun.
Setiap hidangan yang disajikan kepada pelanggan dibuat dengan ayam segar dan bahan-bahan berkualiti tinggi serta disediakan terus oleh tukang masak berpengalaman dari dapur Muiz Hot Chicken sendiri.
Kami sangat mahir dan pantas dalam menyediakan hidangan untuk pelanggan. Di Muiz Hot Chicken pelanggan adalah rakan dan keluarga kami. Semestinya menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan setiap pelanggan yang hadir pulang dengan gembira.

+
Pesanan Harian
JUTA
Hasil Jualan
+
Kios
+
Kakitangan

PENCAPAIAN

Pada 2020, Muiz Hot Chicken sudah menerima pesanan 700 ekor ayam sehari berbanding hanya 500 ekor sehari sahaja sebelum ini dan jumlah itu semakin meningkat.
Hasil jualan pada 2021 mencatatkan RM10 juta dan setakat Februari 2022 telah meraih 2.3 juta. Pada 2023 Muizzuddin mensasarkan jualan RM50 juta. Daripada berniaga tepi jalan, kini Muiz Hot Chicken mempunyai 110 kios dan makin berkembang di Malaysia.
Jika dahulu, dibantu seorang makcik yg duduk di satu kampung, hari ini syarikatnya mempunyai 35 kakitangan. Masa awal-awal berniaga pada 2013, teringin hendak pakai kereta Toyota Alphard tapi masih belum mampu, hanya bergambar dengan kereta orang sahaja. Kini kenderaan itu telah menjadi milik Muiz pada usia 28 tahun.



PENGASAS

Muhamad Muizzuddin Remle memulakan perniagaan menjual ayam goreng secara kecil-kecilan di tepi Jalan Temenggong Ahmad, Parit Raja, Johor.
Beliau mula berniaga ayam goreng pada 18
Februari 2013, tiga hari selepas sambutan hari lahirnya yang ke-20. Katanya, ia menjadi tarikh keramat buatnya
malah tidak mungkin akan dilupakannya seumur
hidup kerana ketika waktu itu beliau mula bergelar peniaga ayam goreng. Resepi ayam goreng yang rangup dan sedap ini
dipelajari daripada ibu saudaranya ketika berusia 20 tahun.

Hubungi Kami


Jom Berniaga Bersama Muiz Hot Chicken Sekarang
Anda sudah bersiap sedia untuk menjana keuntungan dengan Muiz Hot Chicken? Klik butang seterusnya untuk maklumat lanjut.